Saturday 9 November 2013

Cawangan Pusat Rawatan Wilayah Al-Haqq baru kami di Bandar Baru Bangi.

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Bertemu lagi kita di ruangan Tahun Baru Maal Hijrah 1435. Shukur ke hadrat Allah dengan keIzinanNya dapat saya menulis lagi dan diberinya ruang buat saya meneruskan Dakwah Tuhan pada ummat yang dikasihi.

Baru-baru ini saya telah dipanggil untuk memajukan Rawatan Kesufian di kawasan Bangi, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Beranang, Nilai dan Seremban oleh itu untuk memudahkan perjalanan saya ke lokasi berikut saya telah diberikan oleh seorang Hamba Allah sebuah rumah kedai sebagai Hub Centre bagi melaksanakan tujuan-tujuan tersebut. Di sini dapat saya merealisasikan impian disambing Perubatan cara Kesufian bersanad ditambah lagi dengan Pengajian Tauhid bersanad serta Bela Diri Cara Bersanad. Sanad ini adalah penting dan kritikal bagi mendapat barokah mulia melalui sanad yang sampai kepada Muhammad Rasulullah s.a.w.

Disini saya sertakan poster terbaru yang menunjukkan carta Wilayah Lataif bagi mendatangkan kefahaman kesembuhan pada setiap penyakit zahir dan batin. Hubungilah kami bagi mendapatkan rawatan ataupun pencerahan dalam Agama dan juga belajar untuk selamatkan diri dan keluarga dari musuh-musuh Allah. InshaAllah.



WILAYAH RAWATAN AL-HAQQ
SEJAHTERA ZAHIR DAN BATIN

SEJAHTERA DALAM AGAMA, DUNIA 

DAN AKHIRAT

Sila Layari Blog www.syaikhdrbahaudintnitmt.blogspot.com (Wilayah Rawatan Al-Haqq)

Sila Hubungi atau SMS untuk temujanji atau sebarang pertanyaan : Syaikh Dr Bahaudin- 0172392569. Kh. Hifzi-0196634527 dan Kh. Nizam-0102807025.

Alamat : No 12A, Jalan 4/12A, Seksyen 4 Tambahan, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor D.E