Saturday, 28 December 2013
Saturday, 9 November 2013
Cawangan Pusat Rawatan Wilayah Al-Haqq baru kami di Bandar Baru Bangi.
Assalamualaikum para pembaca sekalian. Bertemu lagi kita di ruangan Tahun Baru Maal Hijrah 1435. Shukur ke hadrat Allah dengan keIzinanNya dapat saya menulis lagi dan diberinya ruang buat saya meneruskan Dakwah Tuhan pada ummat yang dikasihi.
Baru-baru ini saya telah dipanggil untuk memajukan Rawatan Kesufian di kawasan Bangi, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Beranang, Nilai dan Seremban oleh itu untuk memudahkan perjalanan saya ke lokasi berikut saya telah diberikan oleh seorang Hamba Allah sebuah rumah kedai sebagai Hub Centre bagi melaksanakan tujuan-tujuan tersebut. Di sini dapat saya merealisasikan impian disambing Perubatan cara Kesufian bersanad ditambah lagi dengan Pengajian Tauhid bersanad serta Bela Diri Cara Bersanad. Sanad ini adalah penting dan kritikal bagi mendapat barokah mulia melalui sanad yang sampai kepada Muhammad Rasulullah s.a.w.
Disini saya sertakan poster terbaru yang menunjukkan carta Wilayah Lataif bagi mendatangkan kefahaman kesembuhan pada setiap penyakit zahir dan batin. Hubungilah kami bagi mendapatkan rawatan ataupun pencerahan dalam Agama dan juga belajar untuk selamatkan diri dan keluarga dari musuh-musuh Allah. InshaAllah.
Baru-baru ini saya telah dipanggil untuk memajukan Rawatan Kesufian di kawasan Bangi, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Beranang, Nilai dan Seremban oleh itu untuk memudahkan perjalanan saya ke lokasi berikut saya telah diberikan oleh seorang Hamba Allah sebuah rumah kedai sebagai Hub Centre bagi melaksanakan tujuan-tujuan tersebut. Di sini dapat saya merealisasikan impian disambing Perubatan cara Kesufian bersanad ditambah lagi dengan Pengajian Tauhid bersanad serta Bela Diri Cara Bersanad. Sanad ini adalah penting dan kritikal bagi mendapat barokah mulia melalui sanad yang sampai kepada Muhammad Rasulullah s.a.w.
Disini saya sertakan poster terbaru yang menunjukkan carta Wilayah Lataif bagi mendatangkan kefahaman kesembuhan pada setiap penyakit zahir dan batin. Hubungilah kami bagi mendapatkan rawatan ataupun pencerahan dalam Agama dan juga belajar untuk selamatkan diri dan keluarga dari musuh-musuh Allah. InshaAllah.
WILAYAH RAWATAN
AL-HAQQ
SEJAHTERA ZAHIR DAN
BATIN
SEJAHTERA DALAM
AGAMA, DUNIA
DAN AKHIRAT
Sila Layari Blog www.syaikhdrbahaudintnitmt.blogspot.com
(Wilayah Rawatan Al-Haqq)
Sila Hubungi atau SMS
untuk temujanji atau sebarang pertanyaan : Syaikh Dr Bahaudin- 0172392569. Kh.
Hifzi-0196634527 dan Kh. Nizam-0102807025.
Alamat : No 12A,
Jalan 4/12A, Seksyen 4 Tambahan, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor D.E
Tuesday, 16 April 2013
Monday, 15 April 2013
WILAYAH RAWATAN AL-HAQ - SUATU PENGENALAN
WILAYAH RAWATAN AL-HAQ
Pengenalan:
Insan itu
terdiri daripada dua unsur yakni zahir dan batin. Zahir terdiri daripada
air,angin.api dan tanah manakala batin terdiri daripada roh. Di dalam roh
melibatkan beberapa wilayah. Daerah,imkan atau yang terkenal sekali dipanggil
lataif. Mempunyai 7 wilayah titik dalam batin tubuh manusia itu dan jika
seseorang itu sakit tidak kira ringan ataupun berat semuanya berkisar daripada
lataif tersebut. Maka diberi kesembuhan melalui titik-titik wilayah tersebut.
Mengikut
Sabda Rasulullah penyakit itu adalah kifarah pada setiap dosa. Jadi apa yang
boleh difahamkan adalah kerana pelaksanaan dosa oleh pesakit itu yang
menimbulkan sakit! Kami sebagai perawat tidak ada masalah untuk mengetahui
sakit itu puncanya malah kami akan turut menerangkan secara peribadi dengan
pesakit bagaimana untuk mengatasinya. Disini ditekankan wajib untuk merawat
lebih yang batin dari yang zahir! Jika batin itu baik secara automatisnya zahir
pula baik !
Jadi boleh
kami terangkan disini bahawa manusia itu sendiri yang mengundang penyakit itu !
Oleh kerana segala kekhilafan dan dosa-dosa itu dikifaratkan oleh Allah melalui
penyakit-penyakit jika ringan penyakit itu menunjukkan dosanya agak sedikit
tetapi jika berat penyakitnya itu adalah dosanya terlalu besar! Jika tidak
dengan penyakit diturunkan terhadap manusia itu diberikan musibah atau yang
lebih berat lagi iaitu bala dan akhirnya mati tanpa sempat bertaubat! WaNauzubillah
!
Allah telah
berfirman “Dalam hati manusia itu berpenyakit dan ditambah penyakit atas
penyakit” Nah saksikan sendiri betapa Tuhan kita menyatakan betapa hati itu
berpenyakit! Walaupun dikatakan sebegitu Allah tetap menurunkan penawarnya bagi
penyakit itu !
Jadi bagi
sesiapa sahaja umat Muhammad dan Bani Adam diluar sana yang mempunyai jalan
buntu diatas permasalahan penyakit fizikal dan kerohanian ataupun yang
berkenaan dengan keadaan misteri boleh menemui penyelesaian! Biiznillah!
Temuilah kami di klinik kami di Gombak, Selangor. Method rawatan kami
berunsurkan Agama islam dan Kesufian iaitu penggunaan Ayat-ayat suci Al-Quran
dan Penyucian melalui Zikirullah. Kami mendapat mandat kaedah rawatan ini
melalui kedua-dua Guru Kami yang Tercinta Al-FaqirillAllah Syaikh Dr Hj Adam b. Hj Hasan asal Beranang, Selangor
dan Al-FaqirillAllah Syaikh Dr Al-Hady b. Hj Yahya asal Beranang, Selangor yang banyak kami berasa terlalu bershukur tiada terhingganya kerana dengan tunjuk ajar ilmunya tiada hentinya serta melimpahkan barokah berpanjangan kepada kami sehingga akhir hayat.
Pesakit-pesakit
disarankan banyak-banyak berserah pada Allah dan Mohon keampunan pada Allah
agar dapat menemui Belas Kasih KeAmpunanNya dan jangan sesekali mengingkari
perintah-perintah Allah dalam Rukun Islam!
Untuk
Makluman semua Saya Syaikh Dr Bahaudin, Klinik Wilayah Rawatan Al-Haq dibawah
Naungan Baitul Adam Resources merangkap sebagai Perawat yang akan mengubati
pesakit-pesakit malah turut dibantu oleh Dr Noorman dan Sdr Nizam. Uniknya pula klinik kami berada di perumahan anak-anak yatim yang mana saya menjadi Ayah Angkat kepada mereka. Pesakit-pesakit juga dapatlah menerima doa kesembuhan berkat daripada anak-anak yatim ini, Insha Allah.
Dari Sebab
Menjadi Akibat
Dari Akibat
Menjadi Musibah
Dari Musibah
Menjadi Taubat
Dari Taubat
menjadi Berubah.
Alamat
klinik kami di Raudhatul Al-Faeez, Lot 1993-9, Kg Sungai Salak Batu 9 ¾, Jalan
Gombak, Gombak 33000, Kuala Lumpur.
Hubungi kami untuk temujanji
di talian peribadi kami :-
Syaikh Dr Bahaudin
– 017-239 2569
Dr Noorman –
012-315 1559
Sdr Nizam - 012-391 2154
Wahai pembaca-pembaca kami ! Nantikan kelak blog kami akan paparkan dalam bentuk video atau foto dimana aktiviti-aktiviti yang berlangsung diantara perawat dan pesakit serta testimonial pesakit yang telah mengikuti proses rawatan dengan kami. Insha Allah .
Subscribe to:
Posts (Atom)